Aug 24, 2011

PERKARA YANG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA

Assalamualaikum w.b.t. Buat renungan bersama..

1.Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman," Hiduplah dengan apa yang kau suka."

2.Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.

3.Perempuan yg memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yg mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.

4.Wanita yg jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yg jahat.

Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yg dikurniakan kpd kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama krn merasa pengorbanan mereka tidak dihargai.Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti di barat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yg bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yg dianugerah kan dgn tugas kenabian.Memberi harapan & bimbingan kpd manusia...

WANITA YG DIMURKAI OLEH ALLAH

Sebagaimana Allah suka dgn wanita yg yg solehah, Allah juga sgt murka kpd beberapa jenis wanita.Oleh itu sgt perlu bagi kita mengetahui perkara yg boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dr kemurkaannya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sgt dahsyat sehinggakan nabi2 pun sgt takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yg bernama Nabi Ismail krn ketakutan yg amat sangat. Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang wanita yg berkata kpd suaminya,"semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dr atas langit yg ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yg dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."

Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang yg membuat susah kpd suaminya dlm hal belanja atau membebani sesuatu yg suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yg wajib & sunnatnya."

Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Kalau seandainya apa yg ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya.Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata2 angkuh,"engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.

Nabi s.a.w adalah seorang yg sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dr azab Allah.Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan ,keletihan & tekanan.Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata krn kasih-sayangnya terhadap kita.Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yg wajar berusaha utk menyelamatkan diri kita,keluarga kita & seluruh ummat baginda.Sebagai penutup ikutilah kisah seterusnya ini sebagai iktibar bagi kita.

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kpd beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat org sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yg tuan lihat?" Beliau bersabda:

1.Wanita yg digantung dgn rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2.Wanita yg digantung dgn lidahnya serta tangannya dipaut dr punggungnya sedangkan aspal yg mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3.Wanita yg digantung dgn buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4.Wanita yg digantung , diikat kedua kaki & tgnnya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5.Wanita yg memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yg menyala-nyala dgn hebatnya.

6.Wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dr neraka.

7.Wanita yg bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8.Wanita yg tuli, buta & bisu dlm peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9.Wanita yg berkepala spt kepala babi & kaldai yg mendapat berjuta jenis siksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita2 itu." Rasulullah s.a.w bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1.Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.

2.Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn kata

3.Kemudian Nabi s.a.w bersabda: "Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4.Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya.

5.Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas.

6.Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org.

7.Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan org yg banyak dgn maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya krn melihat perhisannya.

8.Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking krn dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9.Adapun wanita yg kepalanya spt kepala babi & badannya spt kaldai krn dia suka mengadu-domba(melaga-lagakan org) serta berdusta.

10.Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Dan ada diantara isteri nabi2 yg mati dlm keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu.Diantara sifat buruk mereka:

1.Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.

2.Isteri nabi Lut suka bertandang ke rumah org.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dlm mrk yg tidak diberi petunjuk oleh Allah.Nauzubillahi min zaalik.

wassalam

SUMBER http://wardatulshawqah.blogspot.com

"Mana Mak???"

Assalamualaikum w.b.t semua..Syukur Alhamdulillah hari ini sudah 24 hari kite berpuasa dengan penuh ketaatan untuk mencapai Taqwa Allah, InsyaAllah..Tadi terbace kisah ni kat blog kawan,dah la tengah hujan lebat kilat sabung menyabung membuatkan saye kejap2 terkejut dengan bunyi yang kuat tu..Subhanallah,takut betul bile jenguk kat luar opis dgn cuaca yg gelap ditemani lingkaran2 kilat..MasyaAllah,hebat betul kuasa Allah kan..Saya kongsikan sedikit kisah tentang pengorbanan seorang IBU pada anak2 nye..Saye menangis saat m'bace kisah ni sbb saye pun kdg2 pernah jwb mcm tu kat abah..bile abah tannye saye mane mak sy akan jwb "hmm,xtau kuar kot",Ya Allah b'dosanye saye mase tu..Maafkan azu mak,maafkan azu..banyak dosa azu yg kdg2 x nmpak pun kesan pd mak yg sebenarnye azu dah guriskan hati mak..:(( Same2 kite renungkan kisah di bwh ni ye,moge memberi manfaat pada semua..InsyaAllah..
mak & abah yang saye sayangi
Renung2kan....
Jam 6.30 petang..

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan susuk Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Jangan buat MAK kite macam tu ye,teringat dulu2 kale mase saye dok hanyut b'couple bile tgh 'dating' mak call saye akan jawab tapi selalu b'tekak dgn mak sbb mak selalu suruh saye pulang umah cepat..Walaupun rase tak puas hati mase tu TAPI saye balik umah gak tau sbb fikirkan tu mak kite,xnak la die bising2 n fikir bkn2 psl kite..mane tau kot die tgh marah2 tu t'keluar plak kate2 yg x elok kan dah jd satu masalah..kata2 mak kite tu satu doa tau Allah makbulkan,jgn main2 ye dgn doa seorang ibu (sape2 ade terase pnh buat dose kat mak cpt2 mintak maaf,klu blh stp hari mntk maaf kt mak lbh2 lg slps solat tu)..so,selagi mak abah kite masih hidup kat atas dunia ni muliakanlah mereka..Gembirakan mereka,berikanlah kasih sayang sepenuhnya kpd mereka kerana mak abah kite dah jage n besarkan kite sampai la dewasa sekarang..Lastly, rase nak jerit kuat2 "AZU SAYANG SANGAT2 KAT MAK MAK MAk & ABAH"..(Mak kene la lebih hihihi,nak kawen nnt carik abah gak kan..kan..sayang abah gak..)

Sekian. Wassalam..(~_^)

SUMBER: melalui e-mel

Aug 23, 2011

JADILAH KULI ALLAH BUKAN KULI SYAITAN

Assalamualaikum w.b.t. Hari ni saya m'update blogsite saya ni, terjah2 blog orang tadi tertarik dengan kata2 Tuan Guru Nik Aziz ni..Memang terbaiklah cara pemikiran beliau,saya sangat suka..Banyak lagi tapi yang paling tertarik untuk saya kongsikan dan ade kene mengena dengan kehidupan seharian kite semua saya copyla dari blog sorang kawan ni..Jom kite bace ape yang TGNA sampaikan..;)

”Jangan jadi kuli kecuali menjadi kuli Tuhan. Jangan makan gaji selain makan gaji dengan Tuhan. Sebagaimana kita bila makan gaji - dengan orang ke, dengan kerajaan ke, dengan kompeni ke, dengan orang kampung ke - tentulah kita kena buat mengikut apa yang majikan kita hendak walaupun kita sendiri berasa payah, berasa lambat kalau ikut kehendak majikan kita. Tetapi kerana, kita makan gaji, kita kena buat serupa dengan tuan kita hendak. Kita dengan Tuhan kena lagu itu juga. Bila Tuhan kata Aku hendak kamu buat lagu ini - payah ke, susah ke, terkepit ke, sakit ke kamu kena buat juga sebab kamu makan gaji dengan Aku. Kalau kamu ticlak hendak makan gaji dengan Tuhan, kamu hendak makan gaji dengan siapa lagi? Sudah pasti kamu makan gaji dengan syaitan. Tidak ada sebab kita hendak makan gaji dengan syaitan kerana syaitan tidak buat kita, syaitan tidak buat bumi tempat kita berpijak, tidak buat langit tempat kita junjung, tidak buat udara untuk kita bernyawa, tidak buat sedikit apapun. Jadi tidak ada sebab kita hendak makan gaji selain dengan Allah taala”

”Makan gaji dengan manusia dia bayar dengan duit tetapi makan gaji dengan Tuhan dia bayar dengan syurga, bila mati baru boleh terima gaji. Sebab itulah kita bersembahyang, kita berpuasa, kita bersedekah, kita mengajar, kita mengaji walaupun kadang-kadang benda-benda ini dirasakan serabut dan menyusahkan. Mengapa menyusahkan diri dengan sembahyang, padahalnya yang tidak sembahyang ramai yang boleh hidup? Jawabnya, oleh kerana aku makan gaji dengan Tuhan, aku kena turut kehendak Tuhan”

Dah bace kan..ape yang dapat saya simpulkan dari kata2 TGNA ni, kita hidup di atas dunia ini hanya sementara dan pinjaman semata-mata..Jangan kite sombong dengan ape yang kite perolehi sekarang kerana semua itu tetap milik Allah S.W.T. Sama2 lah kite mengejar keredhaan Allah di atas dunia ini untuk mendapat rahmat disisiNya untuk menuju ke syurgaNya pada hari Akhirat nanti. Sekian,wassalam..:)

DICATAT OLEH INSTITUT PEMIKIRAN NIK ABDUL AZIZ

Aug 19, 2011

BEGINIKAN LEBIH BAIK!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt kepada semua sahabat,saya tak tahu nak tulis ape kat belog ni..Asyik2 tgk blog org lps tu komen hehe..kat sini ade sedikit artikel yg hendak saya sertakan..Saya copy paste jer dr blogger syahirul.com. Saya rase perkongsian ini adalah sgt menarik untuk para muslimah di luar sane,kite selalu mengambil mudah dgn perkara ni iaitu aurat kaki wanita..saya sekadar berkongsi jer,ini juga adalah untuk peringatan pada diri saya jugak..

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran di antara kamu, maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kuasa), sekiranya tidak mampu maka hendaklah dia mencegah dengan lidahnya, dan sekiranya tidak mampu (juga) maka hendaklah dia mencegah (membenci) dengan hati, maka yang demikian itu adalah selemah2 iman"
Sebelum tu meh kite tgk gambar cara berpakaian menurut ISLAM...

seee?????da nampak tu cara penutupan aurat yang sebenar bagi seorang MUSLIMAH????Tudung labuh menutupi dada....baju longgar.....berstokin...hanya menampakkan MUKA dan TAPAK TANGAN...diulangi MUKA dan TAPAK TANGAN sahaja.....

Seperti mana yang semua orang tahu, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan dalam hadith sahih yang berbunyi:

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud) 

Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, “Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)

Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab, 33:59)

Namun kerana pergelangan kaki adalah anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:

>Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.

>Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.

>Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.

>Darurat.

Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna. Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan? Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini?

Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:

* Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.

* Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.

*Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.

So..tepuk dada tanyalah iman..:)

Kan lebih baik macam ni huhu~~

Sekian..Wassalam..(~__^)

Aug 16, 2011

Hati Yang Selalu Muda

DARI Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda: "Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda."Riwayat Muslim

Huraian Hadith:

Kehidupan ini akan menjadi indah jika kita sentiasa bersemangat untuk meneruskan hayat. Dengan perkataan lain apabila semakin tua usia kita, jiwa kita semakin muda.

Tetapi muda di sini bukanlah bermaksud menganggap kematian itu masih jauh sehingga tidak kenal erti taubat dan tidak habis-habis melakukan maksiat yang walaupun usia sudah lanjut, 'rumah kata pergi, kubur kata mari', masih juga bergelumang dengan dosa.

Hal yang demikian ini merupakan suatu yang amat merugikan. Oleh sebab itu kita diminta untuk merebut 5 peluang sebelum tiba 5 rintangan iaitu waktu kaya sebelum miskin, waktu senang sebelum sibuk, waktu sihat sebelum sakit, waktu muda sebelum tua dan waktu hidup sebelum mati.

Maka sebagai insan yang percayakan kedatangan hari kiamat dan kematian itu akan datang pada bila-bila masa, tidak harus menanamkan kecintaan berlebihan terhadap dunia kerana esok sebenarnya bukanlah satu kenyataan.

Bahkan kenyataannya adalah di saat-saat sekarang. Oleh itu jalan yang paling selamat ialah dengan berpegang pada prinsip bahawa seseorang itu harus berusaha (bekerja) seolah-olah dia akan hidup selama-lamanya dan beribadat seolah-olah dia akan mati pada esok hari.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Berjaya menawan puncak gunung kinabalu!!!

Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya masih lagi bernafas dan dapat mengabdikan diri ke jalan Allah..saya tak tau nak post ape kat blog ni,bile tgk pic2 mase g daki gunung kinabalu tadi sy rase 'hmmm...best gak wat entri ni hehe'..actually,dh lame kisah ni nak saya ceritakan tp ceciter la jgk..saya rase dpt pegi mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara ni adalah satu pengalaman yg sgt manis dan menarik dlm hidup sy..syukur Alhamdulillah..ape nak mulekan dulu yer!!!thinking sat huhu~~

Saya tak sangka pun saya dpt melakukan aktiviti yg menarik ni,pd mulenye adela org2 admin kt atas nun wat announcement lbh krg mam ni lah bunyinye 'kpd sesiape yg berminat utk menyertai aktiviti mendaki gunung kinabalu boleh memberi name kpd urusetia'..itu baru bg pengumuman,dlm hatiku berdetik "ntah iyer ntah tidak program ni akn b'jalan,sbb slalunye diorg ni ckp jer tp x buat pun hehe"..x baik btul kan,berfikiran negatif hehe..sy rileks jer tp bdk2 opis ni ade plak yg beriye2 nak pergi,ajak aku pergi..adoyaiiii ni yg malas ni nk g tp sbbkan kawan tu semangat eh lain mcm sy ikut je lah..ktrg g meeting psl nak g mendaki tu,mcm biaselah dgr org memberi taklimat blah..blah..bla...huhu...tibe2 diorg sebut psl kos,den dah agak dah mesti kene kuar duit gak..mane ade bende free atas dunia ni kan..bile diorg sebut kos keseluruhan dlm 1K lobih torus den kenselkan niat nak pogi tu aisshhh~~mano den nak cokau duit byk2 tu..

Ingatkan bile dh terbantut niat nak pegi tu xde ape2 lah,tp dlm hati ni mmg teringin nak pegi (jikalau free lah hehe!!)..dah member yang beriye2 tadi ni pakse gak saye pegi,adoiii...saye puas ckp xnak tp die nk sedapkan hati sy yg dh ilang sepenuh minat ni die ckplah "alaaaa...diorg mintak deposit dulu RM200 nnt yg selebih tu baru bayar",mase tua ku RM200 pun xde kat tangan..(dlm bank adelah)..aku ckplah x cukup duitla nak pergi,nnt kat sane mcm2 lg nk gune duit..trs die member ni cakap.."ahhh takpo,biar kaklang bayar dulu"..haaa..smpai nk tlg bayarkan dulu sobab eh nk gak aku pogi..nak tak nak aku relakan jgk hati ni..org baik hati nk tlg byrkan dulu aku okey jer..

Pejam celik...pejam celik...dah tibe mase nak pegi,byk lg dugaan n rintangan yg sy nak citer sblm ni tapi saye pendekkan cerite eh..mule2 aku dah tekad xnak pegi bile ade yg ckp kt sane nnt sejuk sgtlah,almaklumlah sy mmg x tahan sejuk..kat opis ni sy lah yg suke tutup aircond hahaha..org lain panas sy kesejukan..mcm2 lah org cakap tp aku peduli ape sume tu,dah ade peluang ni aku pegi je lah kan..lgpun masih bujang bebas nak ke sane ke sini tapi kene gak mintak izin gak kat mak abah saye..belum kawen still bwh pengawasan mak abah rite!!parent sy okey jer tp kenelah jage diri kat sane kan..segale kelengkapan sume sy dah sediakan cume tunggu mase nak terbang ke sane jer..waaaaa ni yg paling best nak cerite..sepanjang hidup saye itulah kali pertame saye menaiki kapal terbang hoyeeeahhhh!!!yg paling bestnye semua perbelanjaan yg 1K lebih saya cakapkan tadi TAK PERLU DIBAYAR sebab Kelab Sukan Dan Kebajikan SUKNS sponsor..rezeki Allah bagi,syukur Alhamdulillah..:)

Terbanglah saye ke Kota Kinabalu Sabah menaiki penerbangan MAS..(saye simpan lagi tiket pegi balik sane tau huhu)..kat sane cuace sgtlah sejuk b'beza di semenanjung lbh2 lg hujan plak..Haaa...ni lah pic saye b4 nak mendaki,nampak ceria n segar jer pagi2 tu huhu...kayu yg saye pegang tu katenye utk menampung ketahanan kite semase m'daki,lbh krg mcm tu lah..blh tahan pakai kayu tu lah..kasut hiking sy x nampaklah..pinky tu waaa~~susahnye nak cari size tau,sy ni kaki mcm bdk2 ckit..

Panjang sgtlah citer ni,boleh tak saye stop jer kat sini..saye tak tau nak tulis ape daa~~'cukup sampai di sini' hehe...lgpun sy baru blajar nak menulis blog ni,ckit2 la dulu yer..ape pun saye dah berjaye menawan puncak gunung kinabalu dgn semangat serta dorongan dari ibu bapa n kawan2 yg same2 pegi mendaki tu..sgt seronok,tp sy mengalami kekejangan otot selame 4 hari..sgt susah utk b'jalan tp syukur Alhamdulillah itu ujian dr Allah..mmg akn kejang otot sbb sblm ni bkn nk excercise pun,teru2 nak g mendaki tu lah akibatnye..Sekian wassalam..:)

ni saye sertakan pic2 yg tak seberape ni...

Aug 15, 2011

Saya budak baru blajar hehe!!

dari tadi dok menggodek blog saya ni tapi mcm ni gak hasilnye,saye mmg x pandai mende2 yg b'kaitan dgn IT..argghhh poning kepalo den huhu..sabar je lah kan..=)