Di dalam kitab
al-Muntaqa (Syarah al-Muwatta’ Imam Malik) pula, ditambah dengan pengertian
memakai pakaian tetapi terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Betapa
ramainya para kakak pada hari ini yang berumur 28 tahun memakai baju adiknya
yang berumur 8 tahun. Memakai baju dengan trend “see through”, kononnya
mengikut peredaran zaman. Walaupun ada inner, tetapi ia tetap menampakkan
bentuk badan. Ada
yang merasakan sudah cukup sempurna apabila menutuk rambut, sedangkan tubuh
badan terserlah dengan pakaian ketat.
Wahai kaum Hawa,
peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian, Rasulullah s.a.w tersangat
sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkahkan kaki
ke syurga yang penuh dengan nikmat yang kekal selamanya. Baginda juga
menjelaskan bahawa para wanita ini sentiasa berlenggang-lenggok ketika berjalan
sehingga menyebabkan orang lain yang melihatnya tergoda. Inilah cara berjalan
para pelacur pada zaman jahiliah. Inilah cara mereka memperkenalkan diri dan
menarik perhatian para pelanggan.
Syeikh Abdul
Majid al-Zindani, seorang ulama Yaman menerangkan tentang kalimah ‘mumilat’
yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith ini adalah isim fa’il dengan
makna seseorang yang menyebabkan orang lain menjadi senget. Apabila melihat
perempuan ini berjalan, ada lelaki yang akan menatapnya dengan penuh ghairah
sehingga tersenget badannya ke arah pergerakan perempuan tersebut. Fesyen
rambutnya seperti bonggol unta yang kelihatan terhuyung-hayang ketika berjalan.
Kesan Negatif
1. Menyusahkan
para isteri
Golongan wanita
yang berpakaian tetapi telanjang sebenarnya antara penyebab pelbagai masalah
rumah tangga yang berlaku. Para suami mula membandingkan wanita tersebut dengan
isterinya. Ada
juga isteri yang mula menaruh syak wasangka apabila mendapati ada rakan sekerja
suaminya yang berpakaian sedemikian rupa. Apabila virus-virus ini mula merebak
dalam rumah tangga, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.
2. Gangguan
seksual terhadap golongan lelaki
Ini adalah satu
bentuk gangguan yang menghilangkan tumpuan orang lelaki. Dalam hadith tersebut
menyatakan: “Sehingga senget orang lelaki yang melihatnya,” iaitu senget
fizikal dan senget akalnya apabila berhadapan dengan nafsu yang membara akibat
bahana golongan wanita tersebut.
3. Mendedahkan diri
kepada pelbagai bahaya
Senario hari ini
memperlihatkan betapa banyaknya kes rogol dan pengkhianatan kepada golongan
wanita. Salah satu faktornya adalah apabila golongan lelaki tergoda melihat
tawaran hebat serta promosi percuma wanita yang tidak bermaruah ini. Adakalanya
wanita seksi ini tidak menjadi mangsa tetapi nafsu dilampiaskan kepada
insan-insan lain yang tidak berdosa seperti gadis lain, kanak-kanak bahkan ada
yang menjadikan anak sebagai mangsa.
4. Tidak
menghidu bau syurga
Golongan
berpakaian tetapi telanjang ini tidak dapat menghidu bau syurga apatah lagi
memasukinya. Nauzubillahiminzalik!!
Sukar untuk
Berubah
Ramai wanita
yang menyedari kesilapan ini. Bahkan betapa ramai suami yang berasa bersalah
melihat keadaan isterinya yang setiap hari ke tempat kerja dalam keadaan
berpakaian tetapi telanjang. Sukarnya mengubah penampilan diri. Tambahan pula
apabila ada yang suka menyindir melihat perubahan positif yang cuba
diusahakan.
Dalam situasi
ini, ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w berkenaan sahabat.
Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh
minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya. Bersahabat dengan
kawan yang jahat pula seperti berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak
terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena
pada badannya.
Carilah sahabat
yang menjual minyak wangi, walalupun anda tidak membelinya tetapi anda pasti
menjadi wangi kerana dapat mencubanya secara percuma setiap hari.
Artikel oleh
Ustaz Syed Nurhisham – Solusi Isu #21
Wassalam..moga2 bermanfaat pada semua..(~___^)
1 comment:
hi all myvioren2421.blogspot.com blogger discovered your blog via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found website which offer to dramatically increase traffic to your site http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer higher search engine rankings seo world backlink service cheap backlinks Take care. Jay
Post a Comment