Aug 23, 2011

JADILAH KULI ALLAH BUKAN KULI SYAITAN

Assalamualaikum w.b.t. Hari ni saya m'update blogsite saya ni, terjah2 blog orang tadi tertarik dengan kata2 Tuan Guru Nik Aziz ni..Memang terbaiklah cara pemikiran beliau,saya sangat suka..Banyak lagi tapi yang paling tertarik untuk saya kongsikan dan ade kene mengena dengan kehidupan seharian kite semua saya copyla dari blog sorang kawan ni..Jom kite bace ape yang TGNA sampaikan..;)

”Jangan jadi kuli kecuali menjadi kuli Tuhan. Jangan makan gaji selain makan gaji dengan Tuhan. Sebagaimana kita bila makan gaji - dengan orang ke, dengan kerajaan ke, dengan kompeni ke, dengan orang kampung ke - tentulah kita kena buat mengikut apa yang majikan kita hendak walaupun kita sendiri berasa payah, berasa lambat kalau ikut kehendak majikan kita. Tetapi kerana, kita makan gaji, kita kena buat serupa dengan tuan kita hendak. Kita dengan Tuhan kena lagu itu juga. Bila Tuhan kata Aku hendak kamu buat lagu ini - payah ke, susah ke, terkepit ke, sakit ke kamu kena buat juga sebab kamu makan gaji dengan Aku. Kalau kamu ticlak hendak makan gaji dengan Tuhan, kamu hendak makan gaji dengan siapa lagi? Sudah pasti kamu makan gaji dengan syaitan. Tidak ada sebab kita hendak makan gaji dengan syaitan kerana syaitan tidak buat kita, syaitan tidak buat bumi tempat kita berpijak, tidak buat langit tempat kita junjung, tidak buat udara untuk kita bernyawa, tidak buat sedikit apapun. Jadi tidak ada sebab kita hendak makan gaji selain dengan Allah taala”

”Makan gaji dengan manusia dia bayar dengan duit tetapi makan gaji dengan Tuhan dia bayar dengan syurga, bila mati baru boleh terima gaji. Sebab itulah kita bersembahyang, kita berpuasa, kita bersedekah, kita mengajar, kita mengaji walaupun kadang-kadang benda-benda ini dirasakan serabut dan menyusahkan. Mengapa menyusahkan diri dengan sembahyang, padahalnya yang tidak sembahyang ramai yang boleh hidup? Jawabnya, oleh kerana aku makan gaji dengan Tuhan, aku kena turut kehendak Tuhan”

Dah bace kan..ape yang dapat saya simpulkan dari kata2 TGNA ni, kita hidup di atas dunia ini hanya sementara dan pinjaman semata-mata..Jangan kite sombong dengan ape yang kite perolehi sekarang kerana semua itu tetap milik Allah S.W.T. Sama2 lah kite mengejar keredhaan Allah di atas dunia ini untuk mendapat rahmat disisiNya untuk menuju ke syurgaNya pada hari Akhirat nanti. Sekian,wassalam..:)

DICATAT OLEH INSTITUT PEMIKIRAN NIK ABDUL AZIZ

No comments: