Sep 15, 2011

Maafkan Saya Jika Ada Khilaf

Ya Allah..Ampunkanlah dosa-dosaku
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Maaf jika ada khilaf dengan semua. Tersalah kata, tidak tertegur, tidak termesej, tidak tercall, mengata di belakang, menyakiti hati dalam sengaja atau tidak, terkutuk, terngumpat dan semua perkara yang menyakiti semua. 

Tidak memuaskan hati semua dalam berkawan, ada terhutang sila beri tahu, ada apa-apa sahaja yang tidak suka boleh beritahu, tidak datang tepat pada masanya, melukakan hati dalam percakapan, ada terbuka aib tanpa sedar atau tidak dan apa sahaja kesalahan, saya minta maaf.

Saya minta maaf dari ego yang berada di tahap 0. Serendah-rendah dari hati ini, saya minta maaf. Itu sahaja saya pinta, kemaafan dari semua.

Imam Nawawi dalam kitabnya Riadhus Solihin menyatakan ulama berpendapat bertaubat daripada setiap dosa yang dilakukan hukumnya wajib. Jika dosa itu berkaitan dengan Khaliq (Allah) dan dengan manusia. Ia terangkum dengan empat syarat taubat utama iaitu:

  • Berhenti daripada melakukan kemaksiatan kepada Allah.
  • Menyesali perbuatan yang sudah dilakukan.
  • Berazam tidak mengulangi perbuatan itu selama-lamanya.
  • Jika dosa itu berkaitan dengan manusia perlu diselesaikan seperti mengembalikan harta diambil dengan cara salah kepada tuannya. Jika barang sudah hilang atau habis digunakan perlu diminta halal daripada tuannya. Jika menuduh atau memfitnah wajar memohon maaf atas segala perbuatan.
Nilai kemaafan bagi setiap mukmin di sisi Allah dengan keutamaan kepada orang yang bertaubat kepadaNya ialah darjat tertinggi iaitu kasih sayang Allah Tuhan semesta alam. 

Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 222)

Firman Allah yang bermaksud:
“Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang jahil (degil dengan kejahilannya).” (Surah al-’Araf, ayat 199)

Dosa pada Allah S.W.T kita boleh bertaubat dan mohon ampun padaNya. Tapi dosa sesama manusia, hanya manusia mampu memaafkan.

Maafkan saya...

~Insan kerdil serta hina di sisi Tuhannya~

2 comments:

Nor Abdullah said...

Assalamualaikum kak zue.. =) sesungguhnya semua makhluk yang bergelar hamba Allah.. ada melakukan kesilapan.. dan sebaik2 nya bila kita salah dan silap.. segera bertaubat dan mengisafi diri,.Buat diri saya yang tak seberapa ni kak... selalu wat salah... moga2 Allah maafkan saya.. selamat berkarya kak... =)

WaniDaniel said...

Waalaikumussalam sheila..thanks sudi tgk blog kakzu yg x seberape ni huhu~betul ckp sheila tu,lgpun Allah suke hambaNya yang penah wat silap lepas tu bertaubat padaNya..InsyaAllah,moge Allah ampunkan segala dosa2 serta kesilapan yg pernah kakzu lakukan selame ini..Aamiinnn..=)