Sep 21, 2011

ISU RIBA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya masih diberi peluang di atas dunia ini untuk mengupdate blog saya. Secara umum kita telah pun mengetahui bahawa Islam amat tegas dalam amalan riba iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam 7 dosa-dosa TERBESAR.

Di sini ingin saya kongsikan sebuah artikel yang ditulis oleh seorang pendakwah yang terkenal dalam menyampaikan ilmunya kepada umat Islam. Moga apa yang disampaikan oleh Ustaz Haji Zaharuddin bin Haji Abd Rahman dalam menjawab isu-isu berkaitan 'Riba' ini dapat memberi pengetahuan mendalam tentangnya kepada kita semua. Saya copy 100% dari www.zaharuddin.net, moga memberi manfaat pada kita semua.

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Mengapa Penting Sangat Isu Islam & Harta

Soalan : 

Ustaz, 
Saya ada mendengar yang bahawa ust sangat banyak menekankan berkenaan riba dan kepentingan bank Islam, malah ust juga di katakan meminta agar isu ini diberikan perhatian besar di samping isu-isu Islam yang lain, bolehkah ust menjelaskan mengapa ust berpandangan demikian? - Anti Riba -

JAWAPAN :

Terima kasih atas soalan ini. Benar, saya sememangnya berkempen agar umat Islam memerhatikan isu ini dengan lebih serius, tapi setakat ini, masih di peringkat yang mendukacitakan kerana terlalu ramai para ustaz dan ustazah serta ilmuan Islam agak kurang minat atau tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentangnya. Justeru, bidang ini seperti sunyi tanpa pejuang, sedangkan kesan dari elemen haram dari harta juga adalah amat besar bagi Islam. Menurut pengalaman saya ketika bertemu masyarakat di Malaysia dan Brunei. Terlalu ramai umat Islam yang amat selalu tidak mengambil berat akan isu ini, serta amat terperanjat dengan pendedahan yang dilakukan. Lalu bertimbun-timbunlah soalan yang menghujani saya sehingga tidak cukup tangan untuk menjawabnya.

Benar, saya amat kurang puas hati terhadap kesedaran masyarakat terhadap isu halal haram di dalam urusan kewangan dan perbankan. Perlu diingat, dalam Islam, kesedaran dengan membeli barangan yang bertanda halal sahaja, adalah sangat tidak mencukupi; ia tidak berguna jika barangan halal itu dibeli dengan duit yang haram, samada hasil riba, pelaburan yang haram atau harta curi, rasuah dan pecah amanah serta lain-lain. 

Secara ringkas dan mudah, berikut adalah dalil-dalil yang menunjukkan betapa besarnya dosa riba. Ramai yang sering marah-marah dengan rasuah, kronisme, amalan bid'ah, tahlil, kenduri arwah, makanan tiada logo halal, makanan yang terdapat unsur bangkai dan babi dan lain-lain isu. BENAR, saya amat menyokong dan hargai sumbangan tidak ternilai mereka itu. Bagaimanapun, rasa terkilan apabila hampir tiada atau amat kurang perbincangan bersungguh dan jelas dari pelbagai pihak yang berkelayakan tadi dan ilmuan Islam lain khususnya bagi menerangkan dan menyelamatkan umat Islam dari ‘virus' Riba yang amat berbahaya dengan lebih luas dan serius. 

Pandangan Islam Tentang Riba 

Imam An-Nawawi rh berkata : "Telah Ijma' seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama, antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi" (Rujuk Al-Majmu', 9/391 ) 

Di sini, saya sertakan beberapa nas al-Quran dan al-Hadith yang menerangkan perihal besarnya dosa riba yang menjadi sebab mengapa saya menumpukan masa yang lebih bagi menyelematkan masyarakat Islam darinya. 

a) Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW. 

Ia berdasarkan Firman Allah SWT : 
Ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya" (Al-Baqarah : 278) 

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan ‘saki baki' riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya. Ayat ini menyebut ‘saki baki', menunjukkan bahawa barangsiapa yang ingin benar-benar menurut sunnah dan menjadi mukmin sejati, perlulah ia berpengetahuan jelas tentang riba serta menjauhkan diri darinya secara seratus peratus. 

Maaf saya katakan, saya kenal ramai rakan-rakan dari kalangan individu yang berpendidikan agama, pejuang sunnah yang tulen serta sentiasa menapis hadis-hadis dan riwayat, pejuang Islam yang ingin menegakkan sebuah Negara kebajikan Islam, pejuang sunnah yang kerap keluar berdakwah di jalan Allah beberapa hari dan bulan, pejuang keadilan bagi rakyat dan pelbagai pejuang lagi. Bagaimanapun, saya sedikit sedih kerana ada di kalangan mereka yang tidak endah terlibat dengan pinjaman kereta riba, rumah riba, kad kredit riba, simpanan wang riba, insuran riba, pinjaman pelajaban univeristinya juga Riba. 

Malah yang lebih menyedihkan, terdapat juga yang menjadi peguam atau mempunyai firma guaman sendiri, lalu mendrafkan dokumen-dokumen undang-undang bagi produk-produk Riba di Bank konvensional dan pelabagai lagi. Bukankah Nabi SAW telah bersabda : "Dilaknati pemakan riba, penulis riba dan yang menjadi saksinya" (Riwayat al-Bukhari dan Ibn Majah) ; Termasuk juga mereka yang dilaknati adalah mereka yang menjadi penjamin bagi setiap pinjaman riba ( yang termasuk dari kalangan saksi riba). 

Saya sering terfikir, bagaimanakah sunnah dapat ditegakkan, Negara Islam tulen dapat dibangunkan, masyarakat soleh dapat diasaskan dengan hidup dikelilingi ‘virus' Riba ini. Sedangkan zahir ayat di atas tadi membayangkan peperangan itu berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi setiap individu dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal ini. 

Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata : 
Ertinya : "Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT" (Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366) 

Berkatalah Abu Hanifah rh pula : "Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan" (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73) 

Imam Malik Bin Anas rh pula berkata : 
Ertinya : "Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengisytiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya" (Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364) 

Berkata Imam Qatadah rh : "Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada" (at-Tabari, 3/72 ) 

b) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan. 

Allah SWT berfirman : 
Ertinya : "Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah" ( Al-Baqarah : 276 ) 

Di Dunia : Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang atau habisnya harta tersebut dari pemiliknya kepada pelbagai bentuk yang tidak berfaedah dan membawa dosa, sehinggalah ia akan merasa amat miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak), selain itu, harta tadi akan menjadi sebab ringannya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT, lalu hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Ia juga bakal di timpa ujian harta yang banyak, seperti di rompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul (Az-Zawajir ‘an ‘iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma'rifat, Beirut, 1982 , 1/224). Sabda Nabi SAW dari Ibn Mas'ud r.a :-

Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:- Ertinya : "Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa" ( Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath al-Bari, 4/399 )

Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas r.a :Ertinya : "Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya" (Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)

c) Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri.

Dosa individu terlibat dengan Riba juga adalah seperti berzina dengan ibu bapa sendiri, saya kira, hadith di bawah sudah tidak perlu huraian lagi lantaran kejelasannya.

Nabi SAW bersabda :
Ertinya : "Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.." (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)

d) Lebih Berat dari 36 Kali Zina.

Nabi SAW bersabda :
Ertinya : "Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali" (Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )

Hadis ini bukanlah untuk merendahkan dosa zina, tetapi ia memfokuskan kepada besarnya dosa riba. Justeru, saya amat mengharapkan umat Islam membuka mata mereka kepada isu ini. Ramai juga bertanya saya tentang pelaburan FOREX melalui internet yang menawrakan pulangan sebanyak 100 % atau 200 %. Perlu saya diedahkan di sini, semuanya adalah Riba, dan FOREX ini tidak mematuhi disiplin pertukaran wang menurut Islam, maka Riba berlaku dengan amat serius. Sekali lagi, saya kerap dimaklumkan bahawa ramai umat Islam terlibat dalam pelaburan sepeti ini. 

e) Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar.

Ia berdasarkan hadith nabi SAW :
Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Demikianlah dengan ringkas bagi saya menggambarkan betapa besarnya dosa yang terlibat dengan riba ini. Justeru, segeralah mempelajarinya apa itu riba dengan serta merta. Boleh layari http://www.zaharuddin.net bagi mendapatkan serba sedikit jawapannya.

Sekian..Wassalam

Sep 15, 2011

Maafkan Saya Jika Ada Khilaf

Ya Allah..Ampunkanlah dosa-dosaku
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Maaf jika ada khilaf dengan semua. Tersalah kata, tidak tertegur, tidak termesej, tidak tercall, mengata di belakang, menyakiti hati dalam sengaja atau tidak, terkutuk, terngumpat dan semua perkara yang menyakiti semua. 

Tidak memuaskan hati semua dalam berkawan, ada terhutang sila beri tahu, ada apa-apa sahaja yang tidak suka boleh beritahu, tidak datang tepat pada masanya, melukakan hati dalam percakapan, ada terbuka aib tanpa sedar atau tidak dan apa sahaja kesalahan, saya minta maaf.

Saya minta maaf dari ego yang berada di tahap 0. Serendah-rendah dari hati ini, saya minta maaf. Itu sahaja saya pinta, kemaafan dari semua.

Imam Nawawi dalam kitabnya Riadhus Solihin menyatakan ulama berpendapat bertaubat daripada setiap dosa yang dilakukan hukumnya wajib. Jika dosa itu berkaitan dengan Khaliq (Allah) dan dengan manusia. Ia terangkum dengan empat syarat taubat utama iaitu:

  • Berhenti daripada melakukan kemaksiatan kepada Allah.
  • Menyesali perbuatan yang sudah dilakukan.
  • Berazam tidak mengulangi perbuatan itu selama-lamanya.
  • Jika dosa itu berkaitan dengan manusia perlu diselesaikan seperti mengembalikan harta diambil dengan cara salah kepada tuannya. Jika barang sudah hilang atau habis digunakan perlu diminta halal daripada tuannya. Jika menuduh atau memfitnah wajar memohon maaf atas segala perbuatan.
Nilai kemaafan bagi setiap mukmin di sisi Allah dengan keutamaan kepada orang yang bertaubat kepadaNya ialah darjat tertinggi iaitu kasih sayang Allah Tuhan semesta alam. 

Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 222)

Firman Allah yang bermaksud:
“Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang jahil (degil dengan kejahilannya).” (Surah al-’Araf, ayat 199)

Dosa pada Allah S.W.T kita boleh bertaubat dan mohon ampun padaNya. Tapi dosa sesama manusia, hanya manusia mampu memaafkan.

Maafkan saya...

~Insan kerdil serta hina di sisi Tuhannya~

Sep 13, 2011

Wanita Yang Berpakaian Tetapi Telanjang!!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua yang sudi mengunjungi blog saya. Saya tertarik dengan perkongsian seorang sahabat di blog tentang berpakaian. Artikel ini saya copy dari blog seorang kawan yang bertajuk "Dia Berpakaian Tetapi Hakikatnya Bogel"..Haa..cam mano tu,ape yang nak disampaikan sangat menarik dan dapat memberi manfaat serta pengajaran pada kita semua lebih-lebih lagi bagi kaum hawa..Jom bace!!

Buat para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuanya, Rasulullah s.a.w telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillahiminzalik! Moga Allah melindungi kita semua.

Hadith daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadith ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421). Ce..cer tengok gambar kat bawah ni..

Kakak Memakai Baju Adik 8 Tahun

Perbincangan kita kali ini akan tertumpu kepada golongan kedua yang disebut dalam hadith di atas. Apakah yang dimaksudkan dengan berpakaian tetapi telanjang? Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa ada beberapa makna. Antaranya ialah perempuan itu menutup sebahagian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk badannya.

Di dalam kitab al-Muntaqa (Syarah al-Muwatta’ Imam Malik) pula, ditambah dengan pengertian memakai pakaian tetapi terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Betapa ramainya para kakak pada hari ini yang berumur 28 tahun memakai baju adiknya yang berumur 8 tahun. Memakai baju dengan trend “see through”, kononnya mengikut peredaran zaman. Walaupun ada inner, tetapi ia tetap menampakkan bentuk badan. Ada yang merasakan sudah cukup sempurna apabila menutuk rambut, sedangkan tubuh badan terserlah dengan pakaian ketat.

Wahai kaum Hawa, peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian, Rasulullah s.a.w tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke syurga yang penuh dengan nikmat yang kekal selamanya. Baginda juga menjelaskan bahawa para wanita ini sentiasa berlenggang-lenggok ketika berjalan sehingga menyebabkan orang lain yang melihatnya tergoda. Inilah cara berjalan para pelacur pada zaman jahiliah. Inilah cara mereka memperkenalkan diri dan menarik perhatian para pelanggan.

Syeikh Abdul Majid al-Zindani, seorang ulama Yaman menerangkan tentang kalimah ‘mumilat’ yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith ini adalah isim fa’il dengan makna seseorang yang menyebabkan orang lain menjadi senget. Apabila melihat perempuan ini berjalan, ada lelaki yang akan menatapnya dengan penuh ghairah sehingga tersenget badannya ke arah pergerakan perempuan tersebut. Fesyen rambutnya seperti bonggol unta yang kelihatan terhuyung-hayang ketika berjalan.

Kesan Negatif

1. Menyusahkan para isteri

Golongan wanita yang berpakaian tetapi telanjang sebenarnya antara penyebab pelbagai masalah rumah tangga yang berlaku. Para suami mula membandingkan wanita tersebut dengan isterinya. Ada juga isteri yang mula menaruh syak wasangka apabila mendapati ada rakan sekerja suaminya yang berpakaian sedemikian rupa. Apabila virus-virus ini mula merebak dalam rumah tangga, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.

2. Gangguan seksual terhadap golongan lelaki

Ini adalah satu bentuk gangguan yang menghilangkan tumpuan orang lelaki. Dalam hadith tersebut menyatakan: “Sehingga senget orang lelaki yang melihatnya,” iaitu senget fizikal dan senget akalnya apabila berhadapan dengan nafsu yang membara akibat bahana golongan wanita tersebut.

3. Mendedahkan diri kepada pelbagai bahaya

Senario hari ini memperlihatkan betapa banyaknya kes rogol dan pengkhianatan kepada golongan wanita. Salah satu faktornya adalah apabila golongan lelaki tergoda melihat tawaran hebat serta promosi percuma wanita yang tidak bermaruah ini. Adakalanya wanita seksi ini tidak menjadi mangsa tetapi nafsu dilampiaskan kepada insan-insan lain yang tidak berdosa seperti gadis lain, kanak-kanak bahkan ada yang menjadikan anak sebagai mangsa.

4. Tidak menghidu bau syurga

Golongan berpakaian tetapi telanjang ini tidak dapat menghidu bau syurga apatah lagi memasukinya. Nauzubillahiminzalik!!

Sukar untuk Berubah

Ramai wanita yang menyedari kesilapan ini. Bahkan betapa ramai suami yang berasa bersalah melihat keadaan isterinya yang setiap hari ke tempat kerja dalam keadaan berpakaian tetapi telanjang. Sukarnya mengubah penampilan diri. Tambahan pula apabila ada yang suka menyindir melihat perubahan positif yang cuba diusahakan. 

Dalam situasi ini, ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w berkenaan sahabat. Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula seperti berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya.

Carilah sahabat yang menjual minyak wangi, walalupun anda tidak membelinya tetapi anda pasti menjadi wangi kerana dapat mencubanya secara percuma setiap hari.

Artikel oleh Ustaz Syed Nurhisham – Solusi Isu #21

Wassalam..moga2 bermanfaat pada semua..(~___^)

Sep 12, 2011

Majlis Perkahwinan Sepupu Saya

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua sahabat yang sudi mengunjungi blog saya yang tak berapa nak best ni hehe!!Hari ni saya nak berkongsi sedikit semasa menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya yang baru jer berlangsung pada 10 September 2011 bersamaan 12 Syawal 1432 Hijriah. Entri kali ni saya cume nak upload sedikit gambar sepupu saya dan pasangannya. Sebelum nak upload gambar2 saya nak kongsi sedikit apa yang menarik semasa majlis kawen adik sepupu saya ni. Nama adik sepupu saya Zahirah binti Zahid, Anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Anak kepada R&Z.fuhhh~glamer gitu huhu,R&Z tu adelah seingkatan name pakcik n makcik saye Rubiah n Zahid.. Saya tak banyak tau pun tentang die tapi ape yang saya tau dia pernah belajar di Morocow amik jurusan ape saya not sure hehe..Dia seorang anak yang baik,solehah,pemalu,rajin,cerdik dan insyaAllah seorang yang taat pada suami kelak.

Tadi nak bgtau ape yang menarik kan mase majlis ira ni, haa inilah kali pertame saye pergi majlis kawen yang pengantin tidak dok bersanding atas pelamin (pelamin ade dlm umah) dan tiade tawar menawar tepung gandum hehe..Bukan ape,biasekan ade slot tepung tawar dimane pengantin akan 'disembah' oleh ibu bape,datuk,nenek,keluarga dekat jauh,sedare mare,kawan2 dan lain2 yang seangkatan dgnnye. Bestkan takde adegan bersanding atas pelamin, kan budaya bersanding itu terang-terang adalah mengikut budaya masyarakat HINDU. Nabi SAW pernah berpesan "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka" (HR Anas Bin Malik). Barulah berkat majlis perkahwinan.. Pasangan pengantin cume menjamu selera, bersalam-salaman dengan tetamu dan bergambar bagi tetamu yang ingin amik gmbar utk kenang kenangan bersame pengantin. Sweet gitu,saya pun ade ade amik gambar dgn pengantin tau..Oklah nak upload sikit gambar tadaaa~~

Sebelum tu Barakallahulakuma wabaraka'alaikuma fi khair untuk adik sepupu saya Zahirah Zahid dan suaminya. Doakan kakzu plak lepas ni ikut jejak ira,insyaAllah..:)

Pasangan pengantin tak tengok kamera plak,mase ni saya candid jer hehe..maaf gambar tak bape nak okey hihihi!!
Potong kek, ini pun pengantin x pandang camera huhu~
Mase ni pasangan pengantin nampak malu-malu jer,muke ira merah padam..dah x perlu nak segan lps ni..korang dah sah jadi suami isteri..syukur Alhamdulillah..:)
Semua gambar kat atas saya yang amik,pengantin tak sudi pun nak pandang camera handphone buruk saye ni huk..huk..sedih lorr!! :( Whateverlah,itu saye tak kisah sangat pun..saye pun memang tak pandai amik gambar haha,spoiled betullah kan..ape yang penting majlis dah selesai dan berjalan dengan lancar..Tahniah sekali lagi buat pengantin baru..Ade nak selitkan beberape gambar yang sibuk dok bergambar dalam bilik pengantin semase pengantin sibuk makan kat luar hehe..Ni lah orangnye>>

Gambar2 kat bawah ni bersame dengan anak buah tersayang Nur Adriana..(^____^)

Peace!!!!
~Maklong n Nana~
Itu saje untuk sedikit perkongsian..Wassalam..:)