Oct 20, 2011

BRUNEI INGIN MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM

Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.

Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.

Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.

"Kita tidak harus melambatkan dan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif.

"Apa lagi di sana untuk menunggu? Kita sudah mempunyai bangunan mahkamah yang mengagumkan, ramai pakar telah dihasilkan dan bahawa negara telah mencapai kemerdekaan. Apa lagi?" soal baginda.

Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa.

Sehubungan itu ujarnya,undang-undang Islam penting untuk mengawal semua masalah dalam hidup, agama, keturunan, minda dan kekayaan.

"Walaupun ia adalah tanggungjawab kita, ia perlu dipenuhi bagi Allah Maha Kuasa," titah baginda lagi.

Memetik laporan Brudirect.com, undang-undang Islam ujar baginda, adalah pengetahuan dan sistem yang unik dan sangat cantik dan sudah tentu akan dipilih apabila difahami, namun jika ia tidak difahami, ia akan dibenci.

"Tetapi sejak manusia tidak mahu memahami, undang-undang itu dilihat sebagai buruk dan menakutkan. Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa, kita dipandu oleh-Nya untuk melihat dengan jelas keindahan undang-undang Islam.

"Saya memberi mandat kepada agensi-agensi atau institusi yang berkaitan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Majlis Agama Islam, Negeri Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Mahkamah Syariah dan semua pihak untuk bekerjasama dan berurusan secara kolektif dan telus sehingga undang-undang ini mula membuahkan hasil," titah baginda lagi.

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman berkata, Majlis Agama Islam Brunei adalah badan tertinggi dalam membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dalam menegakkan kesucian Islam di negara ini.

Sumber : Harakah Daily

Ulasan Ustaz

Masyarakat Islam sekarang ini kebanyakkannya kurang tahu tentang Islam yang sebenar, sebab itulah penerangan demi penerangan perlu diterapkan kepada mereka supaya mereka dapat mengetahui dan memahami Islam itu dengan lebih mendalam lagi. Tidak menjadi masalah kalau orang kafir sendiri tidak mahu undang-undang Islam kerana mereka memang tidak membenarkan agama Islam dan tidak yakin dengan apa yang terdapat di dalam Al-Quran. Sepatutnya yang perlu dirunsingkan ialah umat Islam yang menolak undang-undang syariah atau hukum Islam. Ini isu yang besar dan perlu mencari jalan untuk menyelesaikannya. 

Orang kafir sudah pasti di hari perhitungan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka selamanya. Tidak hairanlah kalau mereka menolak hukum Islam. Menjadi hairan bagi saya orang Islam yang menolak hukum Islam, bila tolak sahaja hukum Allah bererti menolak Al-Quran dan Sunnah. Bila tolak Al-Quran dan Sunnah ini sudah pasti menolak kebenaran Allah dan Rasulullah. 

Sebagai orang yang faham tentang Islam, kita tidak semestinya diam dari memberi faham kepada umat Islam yang lain, sebab menjadi kewajipan kepada kita untuk menyebarkan dakwah kepada semua manusia terutamanya kepada umat Islam itu sendiri. Kalau kita hanya fikirkan pangkat dan harta sahaja, maka sudah tentu kita telah mengabaikan satu tanggungjawab besar yang telah diamanahkan oleh Allah. Saya teringat kata-kata guru saya semasa belajar di pondok dahulu, antara kata-katanya ialah "kalau kita kejar dunia, sudah pasti kita dapat dunia sahaja. Kalau kita kejar akhirat, maka sudah tentu dunia akhirat kita dapat."

Sebagai pendakwah kita jangan hanya menyampaikan perkara-perkara yang melibatkan solat, akhlak yang baik, sejarah Islam dan benda-benda yang ringan sahaja. Kita juga kena menyampaikan semua perkara yang melibatkan kepentingan Islam, supaya masyarakat di luar sana faham tentang Islam yang sebenar. Insya-Allah kalau kita ceritakan perkara yang sebenar dan tidak melibatkan mana-mana fahaman politik, maka sudah pasti masyarakat diluar sana akan menerimanya dengan hati yang terbuka walaupun mereka mempunyai latar belakang politik yang berbeza. Sebab itulah setiap pendakwah perlu mempunyai strategi dan kebijaksanaan untuk menyusun segala gerak kerja dakwahnya.

Bila semua masyarakat telah faham tentang Islam, maka sudah menjadi satu perkara yang mudah untuk memastikan Islam yang sebenar dapat diamalkan dan dilaksana di muka bumi ini. Seperti titah Sultan Brunei untuk melaksanakan hukum Islam di negaranya. Ini semua berlaku disebabkan dia telah memahami tentang kebenaran hukum Islam itu sendiri.

Sumber Ilmiah : Ustaz Nor Amin

Oct 19, 2011

PERKONGSIAN : Husnuzon VS Suuzon

Mengendap yer..(~_^)

Soalan :

Salam,

Ustaz, boleh ustaz terangkan konsep husnuzon dalam islam? apakah itu baik sangka dan bagaimana nak berbaik sangka. sehingga tahap mana. Dan apa kah pula buruk sangka. Adakah islam melarang sekeras2nya buruk sangka atau ada antara buruk sangka yang dibenarkan contohnya melihat org yg tak dikenali berkeliaran di kawasan tmn perumahan pada waktu mlm. boleh ke berburuk sangka pada org itu. sekian, tq

Jawapan :

Maksud Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain, ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat. Kata Saidina Umar bin Al-Khattab ra :

“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.

Orang yang berburuk sangka seolah memfitnah orang, kerana buruk sangkanya tidak mempunya bukti yang kukuh, ini dikuatiri terjadinya fitnah, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa Yang dilakukannya.”(Al-Isra : 36)

Fadhilat Berbaik Sangka

Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, Ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia. Ini juga mengelakkan manusia itu berpecah belah antara satu sama lain dan ia juga akan merugikan manusia itu juga.

Mengelakkan daripada penyesalan dalam hubungan manusia sesama manusia kerana menuduh manusia lain tanpa bukti yang kukuh. Firman Allah yang bermaksud : “Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” (Al-Hujurat : 6)

Selalu merasa bahagia atas segala kejayaan yang dicapai oleh orang lain walaupun kita sendiri belum berjaya. Ini bertujuan untuk mewujudkan sikap ingin bersaing antara satu sama lain. Kerana umat Islam yang mempunyai sikap ingin bersaing dengan orang yang telah berjaya akan mendatangkan keuntungan kepada semua umat Islam termasuk dirinya sendiri.

Berbaik Sangka Terhadap Perkara Dusta

Tetapi ingat kalau kita melihat orang yang melakukan dosa atau kemaksiatan, kita bersikap husnuzon terhadap perlakuan mungkar orang tersebut, maka kita akan menanggung saham dosa kemaksiatan yang dilakukan oleh orang tersebut. Kerana Islam mewajibkan umatnya mencegah kemungkaran yang berlaku disekelilingnya dengan kemampuan yang ada pada kita. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". (Di riwayatkan oleh Imam Muslim)

Jelas di sini, bahawa Islam melarang umatnya menyokong perkara yang mungkar atau dusta, kerana perkara tersebut jelas melanggar hukum Allah dan larangan Allah. Contohnya kita melihat orang Islam di dalam kedai Sport Toto sedang membeli nombor ekor. Tetapi kita berbaik sangka kepada perbuatan orang Islam tersebut dengan mengatakan bahawa “itu jalan rezeki dia, biarlah…. dia juga nak cari makan”. 

Cegahlah segala kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita dengan sedaya yang mampu, kalau mampu dengan tangan, maka ubahlah dengan tangan. Mampu dengan lidah, ubahlah dengan lidah, kalau dua-dua ini tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hati (tidak redho dengan perbuatan tersebut) dan inilah selemah-lemah iman.

Buruk Sangka

Buruk sangka atau suuzon yang membawa maksud menaruh curiga kepada seseorang yang belum terbukti orang tersebut melakukan kesalahan. Islam sangat melarang umatnya berburuk sangka sesama Islam, kerana berburuk sangka akan mengundang malapetaka kepada orang tersebut. Biarlah syakwasangka itu berdasarkan bukti yang kukuh dan bukan sekadar memfitnah. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan orang-orang Yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki Yang beriman dan orang-orang perempuan Yang beriman Dengan perkataan atau perbuatan Yang tidak tepat Dengan sesuatu kesalahan Yang dilakukannya, maka Sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa Yang amat nyata.” (Al-Ahzab : 58)

Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka kepada sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristiqfar kepada Allah swt. Dosa orang yang berburuk sangka adalah besar dan perbuatan jahat, setiap perbuatan jahat Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka Allah. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)

Orang yang berburuk sangka juga sama dosanya seperti memakan daging saudaranya yang telah mati. Jauhilah sifat penyakit hati ini, kerana ia juga dapat merugikannya juga. Kembalilah ke jalan Allah dengan sebenar taubat dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut.

Perkara buruk ini telah menjadi darah daging umat Islam sekarang ini terutama melayu Islam yang sentiasa iri hati dan bersangka buruk terhadap saudara Islamnya. Dengan menuduh orang melakukan perbuatan mungkar tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Malah orang yang bersangka buruk itulah yang diagungkan sebagai orang yang hebat dan bijak. Inilah petanda akhir zaman kerana umat Islam tidak lagi berbangga dengan kerja-kerja amalnya dan mereka merasa besar dan gah dengan dosa yang dilakukan oleh mereka. Jika perkara ini tidak ditegah, maka ia juga akan merugikan semua pihak dan mengundang bala Allah yang datang tidak mengira darjat, iman dan bangsa.

Sangka Buruk Yang Harus

Umat Islam juga perlu bersangka buruk terhadap beberapa perkara. Contohnya soal keselamatan diri, seperti yang ditanyakan di atas, ternampak orang yang tak dikenali berkeliaran di persekitaran perumah pada waktu malam. Ini bukan kita menuduh, tetapi kita mengambil sikap berjaga-jaga dari berlakunya musibah-musibah yang tak diingini. Perbuatan sangka buruk seperti ini diharuskan, kerana ia menjaga keselamatan diri dan harta kita.

Bersangka buruk terhadap prestasi pelajaran anak-anak, kerana mereka tidak membaca buku dan hanya main game dan menonton TV sahaja. Hasil dari sangka buruk tersebut, kita menghantar anak menghadiri kelas tusyen atau kelas tambahan untuk meningkatkan prestasi anak tersebut. Maka di sini merupakan sangka buruk yang menguntungkan semua pihak.

Bersangka buruk terhadap pokok besar yang condong ke arah rumah kita, maka dengan sangka buruk tersebut kita mengupah orang untuk memotong pokok tersebut untuk menjaga keselamat rumah dan nyawa keluarga kita. Maka bersangka buruk seperti ini juga diharuskan. Pendek kata, bersangka buruk yang menguntungkan semua pihak tanpa mengorbankan pihak-pihak yang tertentu atau sebagai langkah keselamatan, adalah diharuskan untuk kepentingan semua pihak.

Kesimpulannya

Bersangka baiklah kepada semua orang, kerana sangka baik itu meguntungkan semua pihak dan perbuatan tersebut adalah perbuatan mahmudah (terpuji). Jangan sesekali bersangka jahat kepada orang, terutamanya saudara sesama Islam, kerana ia merugikan semua pihak dan dosanya juga besar. Jika ada orang yang mempunyai sifat ini, lekas-lekaslah beristiqfar kepada Allah, kerana Allah menerima taubat hambanya.

Sumber : Ustaz Nor Amin

Oct 17, 2011

bahaya woo..hati manyak bucuk!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Syukur Alhamdulillah kerana diberi kesihatan yang baik, diberi peluang untuk menikmati kehidupan yang penuh pancaroba ini. Syukur pada Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk saya menyampaikan ilmu2 yang berguna yang juga milikNya.

Baiklah, hari ini saya nak kongsi ckit ciri-ciri orang yang mempunyai hati yang busuk, Nauzubillah mintak dijauhkanlah semua ni dari saya. Selalunye kita tahu sakit hati, iri hati, jatuh hati, suara hati dan sewaktulah dengannye kan. Saya terbace artikel tentang 'tolong rawat hati yang busuk'..adehh teruk benar bunyinyer kan. 

Ciri-ciri seseorang yg telah rosak atau telah gelap atau bahasa yg selalu kita guna "BUSUK HATI". Mereka akan rasa berita BENAR itu adalah KARUT dan berita yg BURUK itu lebih SEDAP didengar dan mereka akan rasa tidak senang apabila bercerita tentang AGAMA.. 

CIRI-CIRINYA : mereka tidak akan baca sampai habis cerita2 BAB AGAMA TAPI kalau bab hiburan walaupun 3 muka surat mereka sanggup habiskan dengan tenang.

CIRI-CIRINYA JUGAK : selalu nampak yg buruk jer kat orang lain, perkataan2 yg keluar dari mulut dia biasanya perkataan2 yg memburukkan orang lain. "Asal buruk ajer org lain"

CIRI-CIRINYA lagi : Kalau HATI dah gelap... Orang cerita pasal agama, dia akan cakap "Alah... Poyolah dia ni,,, mcm bagus". 

Tapi kalau kisah-kisah GOSIP2 FITNAH2 tentang ARTIS habis dia sebarkan dan dengar dgn penuh kusyuk dan rasa gembira dgr berita2 gosip ni. 

Mari kita muhasabah diri dan lihat adakah kita ni tergolong dalam org yg BUSUK HATI. Sama2 kita doa supaya hati yg bersih tidak ditambah dgn bintik2 hitam yg akan buat hati jadi GELAP, KOTOR dan BUSUK.

4 Perkara yg merosakkan hati manusia :

1. Berbahas dengan orang-orang jahil,
2. Melakukan banyak dosa,
3. Banyak bergaul dengan wanita yg bukan Mahram dan
4. Banyak duduk bersama orang-orang yang mati. Baginda S.A.W. ditanya, "Siapakah yg dimaksudkan dgn orang yang mati?" Jawab Baginda S.A.W. "Setiap orang kaya yg menjadi sombong kerana hartanya".

Wallahualam..Wassalam..(~_^)

Oct 14, 2011

JADILAH PEJUANG ISLAM

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat
AYAT POWER TOK GURU

“sebagaimana polis tidak boleh jadi polis, mesti ada perlantikan dari kerajaan. Begitujuga Nabi perlu ada perlantikan dari Allah untuk menjadi Nabi”

“Nabi SAW adalah nabi akhir zaman. Kalau wujud lagi orang sekarang yang ngaku jadi Nabi, itu bukan Nabi, tetapi ‘Mutanabbi’, iaitu orang olok-olok jadi nabi. Kalau ada polis olok-olok sebab nak kutip duit, sama seperti nabi olok-olok juga”

“yaum ad-din, iaitu hari agama atau hari pembalasan. Yang tentunya, pembalasan nanti mesti serupa dengan agama; ia bukan pembalasan serupa dengan peraturan kita, malah ikut peraturan Allah SWT yang membuat kita”

“fainnaka bi a’yunina, mu ni hai muhammad, berada dihadapan mata aku. Maksudnya, Allah itu tengok semua orang yang mengkhianati Muhammad. Tujuan Allah kata macam ni, untuk nak bagi orang yang mengkhianati Nabi Muhammad itu berfikir sebelum mereka khianat Nabi”

”kita kena letak diri kita sebagai pejuang islam. tak perlu kita sebut kita ni perjuang kebangsaan, pejuang ekonomi, pejuang apa-apa pun, semua ni mengarut belaka. Kita kena sebut kita pejuang Islam. sebab, bila kita sebut pejuang islam, maka kita termasuk sebagai orang yang pejuang ekonomi, pejuang politik, dll”

”tasbih bermaksud membersihkan. Kita disuruh bertasbih, iaitu memuji Allah yang maha bersih. Apabila sebut maha bersih, pasti manusia akan berminat. Sebab, manusia suka kepada benda bersih. Justeru, dalam banyak-banyak benda bersih adalah Allah SWT”    

Oct 13, 2011

PERKONGSIAN dari weblog syahirul.com : ANTARA PERSOALAN KAHWIN AWAL

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Oct 12, 2011

Ce..citer..ce..citer..Kisah Masjid Nabi Daniel Di Iskandariyah Mesir

Assalaamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni nak ce citer ckit sape die Nabi Daniel. Kisah ni amat menarik hati saya sebab nama abah saya Mohamad Daniel bin Sha'ari. Kalau kitorang adik-beradik sebut nama abah mesti diorang sume yg dgr "umangaiiii..nama ayah die glamer..", "bestnye name abah ko mcm org putih..", "lagi glamer name abah eh dr anaknye..", "ayah ko org putih ker.." dan seangkatan dgnnye. Mcm tu lah reaksi org2 ni bile dgr name abah kitorang, mane taknye zaman dolu2 kale mane ade name org Daniel ni, skrg ni jer dah mcm2 nama sy dgr..Ade jiran saye tu letak name anak die sbb suke tgk abah saya hehe, itulah katenye huhu..Antara nama termasyur skrg Muhammad Daniel Haziq, Danial Haikal, Rayyan Danial, Diana Dianella hehe..tu saya yg tambah..Mcm2 lah kdg2 tu smpai terbelit lidah ni nak nyebutnye. Nama abah saya diberi oleh arwah datuk abah maknenye tokyang saye lah, bkn calang2 org leh leh dpt name ni tau..Bertuah abah saya..Ok jom kite bace citer kat bawah ni yer..

Masjid Nabi Daniel
Masjid ini dikenal dengan nama Masjid Nabi Daniel, mengingatkan di dalamnya ada kuburan beliau. Ia dikuburkan di dalam masjid ini berhadapan dengan kuburan Luqmanul Hakim.

Lalu siapa Nabi Daniel ini? Dalam agama Islam, nama Nabi Daniel termasuk jarang terdengar. Hal ini mengingat Nabi Daniel tidak termasuk salah satu dari 25 nabi yang wajib diketahui. Namun demikian, para ahli sejarah mengatakan, beliau adalah seorang Nabi yang pernah hidup dan meninggal di Mesir. Nabi Daniel termasuk di antara keturunan Nabi Daud as.

Imam ats-Tsa’laby sebagaimana diambil oleh Muhammad bin Iyas Abul Barakat al-Hifny dalam bukunya Bada’iuz Zuhur fi Waqai’ ad-Duhur (hal.192-194) mengatakan bahawa syahdan dahulu hidup seorang raja Babil yang terkenal jahatnya yang bernama, Bakhtashir. Bakhtashir sendiri termasuk keturunan Yafuts dan Yafuts adalah putra Nabi Nuh as.

Dalam sejarahnya, Bakhtashir seorang raja yang sangat kejam. Tidak ada satupun laki-laki Bani Israil yang hidup melainkan dibunuhnya. Anak-anak dipisahkan dari orang tuanya dan dilatih untuk perang sebagian dipenjara.

Suatu saat Bakhtashir menawan banyak masyarakat, termasuk anak-anak. Di antara yang ditawan itu ada seorang anak-anak bernama Nabi Daniel. Ia ditawan dan dipenjarakan bersama dengan keturunan Nabi Ya’kub dan Nabi Yusuf, as.

Suatu hari Bakhtashir bermimpi dengan mimpi yang sangat mengejutkan dan menakutkannya. Ia bertanya kepada para dukun dan juru ramal saat itu, akan tetapi semuanya diam, tidak dapat mentafsir mimpinya tadi.

Lalu datanglah seorang laki-laki yang pernah dipenjara bersama Nabi Daniel yang mengabarkan kepada Bakhtashir bahwa di dalam penjara ada seorang pemuda yang pandai menafsirkan mimpi. Dia adalah Nabi Daniel. Dipanggilah Nabi Daniel untuk menakbirkan mimpinya itu.

Nabi Daniel dengan sangat jelas mentafsir mimpi Bakhtashir tadi. Bakhtashir pun kagum akan kehebatan Nabi Daniel. Nabi Daniel kemudian dibebaskan dari penjara dan dijadikan konsultan sekaligus guru peribadi Bakhtashir.

Kedekatan antara Bakhtashir dengan Nabi Daniel ini membuat petinggi Majusi geram. Mereka kemudian merencanakan sebuah makar untuk membunuh Nabi Daniel. Digalilah sebuah lobang besar, kemudian Nabi Daniel dimasukkan ke dalamnya bersamaan dengan binatang-binatang buas dan berbisa. Namun, setelah beberapa hari lamanya Nabi Daniel berada di lobang tersebut, Bakhtashir mendapatkan Nabi Daniel dalam keadaan sehat tidak kurang sedikitpun.

Ia pun semakin dekat dan sayang kepada Nabi Daniel. Melihat hal itu, orang-orang Majusi kembali menghasut Nabi Daniel dengan hasutan-hasutan yang jauh dari kebenaran. Di antara hasutan ini, dikatakan kepada Bakhtashir bahwa Daniel telah menyebarkan ‘aib yang tidak baik tentang Bakhtashir, iaitu bahawa Raja Bakhashir apabila tidur, selalu buang air kecil di kasur.

Hasutan ini tentu membuat Bakhtashir geram, mengingat ini merupakan cacat dan aib besar untuk seorang raja. Nabi Daniel lalu dipanggil dan diminta tidur bersamanya. Bakhtashir kemudian berkata kepada para pengawal yang bertugas menjaga pintu, bahawa kelak apabila malam tiba ada orang yang keluar kamar untuk buang air, bunuh saja dia, siapapun dia orangnya, sekalipun dia mengaku bernama saya. Para pengawal pun mengiyakannya.

Begitu malam tiba, Nabi Daniel tidak keluar, ia tidak mau buang air kecil pada malam itu. Sampai akhirnya Bakhtashir sendiri yang pertama keluar kamar untuk buang air. Setiba di pintu, para pengawal langsung menangkapnya. Bakhtashir berteriak dan berkata: “jangan bunuh, saya adalah raja kalian, Bakhtashir”.

Namun para pengawal menjawabnya dengan mengatakan: “Dusta, kamu telah berdusta, kamu bukan Bakhtashir raja kami, tapi kamu adalah orang yang mengaku-ngaku sebagai raja kami. Dan siapapun yang keluar malam pertama, maka dia harus dibunuh”. Tanpa panjang kalam, Bakhtashir pun lalu dibunuhnya. Allah menyelamatkan Nabi Daniel dan membinasakan Bakhtashir yang jahat.

Abul Barakat al-Hifny kemudian menuturkan, Nabi Daniel kemudian berangkat menuju kota Iskandariyah, dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya untuk berdakwah di sana, bahkan meninggal dan kuburannya pun di sana.

Kuburan Nabi Daniel ini menurut al-Hifny dalam Badai’uz Zuhurnya (hal 194, 195) ditemukan pada masa Khalifah Umar bin Khatab. Saat itu ketika Iskandariyah berhasil dilumpuhkan oleh Amer bin Ash, Amer dan para tentara melihat ada tempat bersembunyi yang dikunci dengan gembok besi. Kemudian mereka membukanya, dan ternyata di dalamnya ada lobang kecil yang ditutup dengan marmar berwarna hijau lainnya.

Begitu dibuka, ternyata di dalamnya ada jenazah seorang laki-laki dengan kain kafan yang ditenun benang emas, dengan badan yang sangat besar. Kejadian itu dilaporkan kepada Khalifah Umar, dan Umar segera bertanya kepada Ali bin Abi Thalib. Ali kemudian menjawab bahawa jenazah tersebut adalah jenazah Nabi Daniel.

Umar segera memerintahkan Amer bin Ash untuk mengkafani kembali jenazah tadi, dan meminta untuk dikuburkan di sebuah tempat yang tidak dapat dijangkau oleh orang-orang. Amer bin Ash lalu membuatkan kuburannya lagi di kota Iskandariyah yang saat ini di atasnya dibangunkan sebuah masjid, bernama Masjid Nabi Daniel.
Itulah serba sedikit kisah Nabi Allah Daniel. Kisah kat atas ni maybe ditulis oleh orang Indon sebab tu ade ayat2 nye saya sendiri tak faham. Mane yang saya tau tu saya tukar pd Malay version hehe..Tapi tak lari dr maksud asal penulis,jgn risau yer..

Sekian, wassalam..(~_^)

Oct 4, 2011

NABI HARAMKAN CABUT BULU DI MUKA UNTUK CANTIK

Gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.

Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali. 

Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini. 

Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening. 

Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. 

Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik." 

Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik. Mengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah. 

Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus. 

Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua. 

Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak. 

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.

Wassalam..(^_^)

Oct 3, 2011

4 Faktor Wanita Layak Menghuni Syurga

MENGAPA ramai wanita menjadi penghuni neraka sedangkan golongan hawa mudah masuk ke syurga? Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 

"Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit ialah wanita (Hadis riwayat Muslim dan Ahmad). Sabda Baginda rasul ini sungguh menakutkan dan menginsafkan wanita. Justeru, apakah usaha wanita untuk merebut syurga Allah?

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Apabila wanita mendirikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dia akan masuk syurga dari pintu-pintu syurga yang dikehendakinya."

Dalam wasiat yang agung ini, Nabi Muhammad memberi beberapa sebab yang membolehkan wanita menjadi ahli syurga, iaitu :
  • Solat fardhu yang lima.
  • Berpuasa pada bulan Ramadhan.
  • Menjaga kemaluan.
  • Taat pada suami dalam segenap hal kecuali terhadap perkara yang menderhaka kepada Allah.
Kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah mewajibkan kepada kita supaya bersuci, menghadap kiblat dan solat lima kali sehari. Solat adalah tiang agama dan mereka yang menegakkannya bermaksud menegakkan agama tetapi jika meninggalkannya, bererti meruntuhkan agama.

Kita juga dinasihatkan supaya tidak mensia-siakan solat dan melewat-lewatkannya apabila sudah tiba waktu. Allah juga mengingatkan hambaNya agar tidak lalai dan terlalu sibuk mencari harta sehingga mengabaikan solat sebagaimana firmanNya yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (surah Al-Munafiqun, ayat 9)

Melalui ayat itu, kita ditegah meninggalkan solat kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi, seperti urusan jual beli dan kerjaya. Justeru, jangan sekali-kali kita memandang ringan untuk bersolat kerana seksa yang bakal diterima oleh mereka yang meninggalkan solatbegitu pedih sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

"Apa yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka saqar? Lalu mereka menjawab : Dahulu kami tidak termasuk orang yang bersolat dan kami juga tidak memberi makan orang miskin, sering berbincang untuk tujuan batil dan mendustakan hari pembalasan, sampai datang kepada kami kematian. Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafaat dan orang yang memberi syafaat." (Surah Al-Mudassir : ayat 42-48)

Faktor kedua yang membolehkan wanita masuk syurga ialah berpuasa di bulan Ramadhan. Puasa ialah satu daripada sendi Islam yang lima dan rukun puasa ialah niat sebelum fajar, menahan diri daripada makan, minum, bersetubuh, tempohnya dari terbit fajar hingga tenggelam matahari.

Faktor ketiga yang membuka peluang kepada wanita menghuni syurga ialah memelihara kehormatan diri, memiliki perasaan malu, menutup aurat dan berakhlak baik. Bagi wanita yang sudah berkahwin, wajib mentaati suami kerana ia umpama sendi atau dasar kehidupan dan inti kebahagiaan dunia serta akhirat.

Sumber : Majalah ANIQAH