Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"
Jul 11, 2012
Jul 3, 2012
YA ALLAH..Kenapa Aku Diuji?
Ramai orang bertanya kenapakah
mereka diuji sedangkan mereka tidak berbuat salah apa-apa ? Persoalan seperti
itu tidak wajar keluar dari lisan seorang hamba yang menyerah diri dan mengerti
tujuannya hidup di atas muka bumi ini.
Iaitu untuk diuji !
Firman Allah SWT : “Yang
menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapakah di antara kamu
yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Al-Mulk
: 2)
Hidup ini ialah untuk diuji lalu
kenapakah kita mesti mempersoalkan mengapa Allah menguji kita dan mengaitkannya
dengan kesalahan-kesalahan tertentu ? Apakah mesti ada kesalahan baru berhak
diuji ? Adakah jika kita melakukan semua perintah Allah maka kita akan
terselamat daripada diuji ?
Sedangkan baginda nabi Salallahualaihiwassalam
menyebut bahawa yang paling teruk diuji ialah
الأنبياء ، ثم الأمثل
فالأمثل ، يبتلى الرجل
على حسب دينه
“Para nabi kemudian
yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Diuji seorang manusia itu
berdasarkan kadar agamanya, jika dia seorang yang kuat beragama maka kuatlah
pula bala yang diterimanya, dan jika seseorang itu lemah agamanya maka diuji
hanya pada kadar agamanya. (tambahan dalam riwayat yang lain menyebut) Tidaklah
hilang bala itu pada seseorang hamba sehinggalah dia berjalan di atas tanah
dengan telah terhapus segala dosa-dosanya.” (hadith riwayat Ahmad, tirmidzi dan
Ibn majah,).
Atau sebenarnya kita ingin
memprotes dan mempertikaikan kenapa kita diuji kerana kita telah menunaikan
solat, melaksanakan perintah Allah dan sebagainya lalu kita mengharapkan
sepatutnya hidup kita tidak lagi diganggu oleh Tuhan dengan apa jua ujian agar
kita boleh hidup dengan senang dan bahagia di atas muka bumi ini ?
Allah SWT berfirman dalam Surah
Al-Ankabut : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja hidup
senang-lenang) mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka
belum lagi diuji ?” (Al-Ankabut : 2)
Ujian yang datang daripada Allah
membawa dua tujuan iaitu rahmat dan kebinasaan.
Ianya memberikan rahmat apabila
manusia berjaya mengharunginya dengan keimanan dan kesabaran serta lulus pada
amal dan perbuatannya sesuai dengan apa yang Allah kehendaki.
Ujian seperti ini
meningkatkan/meninggikan kedudukan seseorang di sisi Allah SWT serta
menghapuskan dosanya dan memberikan peluang kepadanya untuk mendapatkan syurga
Allah SWT.
Sabda nabi
Salallahualaihiwassalam,
إذا أحب الله
قوما ابتلاهم
Maksudnya : “Apabila Allah
mencintai sesuatu kaum maka Dia akan menguji mereka.” (riwayat Tirmidzi) Manakala
ujian yang kedua pula memberikan musibah dan penyebab kepada kehancurannya di
dunia dan di hari akhirat. Iaitu ujian yang berbentuk menjauhkan seseorang
daripada agama dan mengeluarkannya daripada jalan Allah.
Firman Allah SWT : “Mereka
berkata: "Kami mendapat nasib yang malang, disebabkan kamu dan orang-orang
yang bersamu." (Nabi) Soleh berkata: "Nasibmu adalah dari sisi Allah,
(bukan kami yang menjadi sebab), tetapi kamu adalah kaum yang diuji."(An-Naml
: 47)
Kita semua akan diuji kerana itu
merupakan tujuan dan sebab kita diturunkan ke atas muka bumi ini iaitu untuk
diuji agar dapat dilihat siapakah yang beriman dan siapakah yang tidak.
Ujian ialah peluang dan tanda
kita dipandang oleh Allah
Firman Allah SWT : “Dan sungguh
akan Kami memberikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan,
kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada
orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah : 155)
Ketahuilah bahawa sesungguhnya
Allah hanya menguji orang yang dikasihinya atau yang mahu diberikan peluang
untuk mereka beramal manakala orang-orang yang kafir dibiarkan dan tidak
dipeduli oleh Allah SWt sebaliknya ditangguhkan balasan ke atas kesalahan-kesalahan
mereka agar dihukum di hari akhirat dengan hukuman yang berat. Sedangkan orang
yang beriman akan diuji sehingga dosa dan kesalahan mereka terhapus lalu
dibangkitkan pada hari akhirat dengan keadaan suci bersih dari dosa.
Ini berdasarkan hadith daripada
Anas ra yang menyebut bahawa rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda
yang bermaksud apabila Allah menginginkan kebaikan kepada seorang hamba maka
akan disegerakan hukuman terhadapnya di dunia dan jika Allah mengkehendaki
keburukan kepada hambaNya maka dia akan menangguhkan hukuman terhadap dosanya
agar dibalas pada hari kiamat.”(riwayat Hakim)
Sabda nabi
salallahualaihiwassalam lagi,
من يرد الله
به خيرا يُصِبْ منه
Maksudnya : “Barangsiapa yang
dikehendaki oleh Allah dengan kebaikan maka dia akan ditimpakan dengan
musibah.” (riwayat Al-Bukhari)
Manakala orang yang munafik dan
tidak beriman, mereka diberikan kesenangan dan kelalaian sehingga menemui Allah
SWT dalam keadaan sia-sia dan menderita akibat tidak beriman dan tidak beramal.
Bahkan Allah menyebut di dalam Al-Quran, yang bermaksud : “Dan tidakkah mereka
(orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali
setiap tahun, dan mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil
pelajaran?” (At-Taubah : 126) Kata Imam Ibn Katsir, yang dimaksudkan dalam ayat
di atas ialah orang-orang munafik diuji dengan kelaparan dan penyakit setahun
sekali atau dua kali. Menandakan sangat sedikit mereka diuji sehingga
menimbulkan kelalaian dan keangkuhan dalam diri mereka.
Apabila Allah menguji
hamba-hambaNya itu bermaksud Dia masih memberikan peluang dan kesempatan untuk
kita bertaubat dan kembali kepadaNya serta mengambil pelajaran. Oleh itu jangan
dipandang bahawa orang yang hidupnya tiada masalah, sempurna dan selesa itu
sebagai orang yang bertuah atau mendapat rahmat sebaliknya mereka itulah orang
yang telah diabaikan dan terlepas peluang dari mendapat rahmat daripada Allah
SWT.
Ujian itu tanda cinta !
Sumber: Ustaz Emran Ahmad
Subscribe to:
Posts (Atom)